PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Wednesday, December 31, 2008

Lawatan PSS Sempena Maal Hijrah


29 Disember - Sempena Ma'al Hijrah Persatuan Ulama' Malaysia, dengan dibimbing Cikgu Jamil sekali lagi mengatur lawatan ke Hospital Queen Elizabeth. Sahabat-sahabat daripada Yayasan Amal, yang diketuai Setiausaha, Ustaz Ridhuan dan Persatuan Siswazah Sabah yang diketuai Setiausaha persatuan juga, Saudara Fairuz Bend turut menghantar anggota buat memeriahkan program. Ahli PSS lain yang hadir ialah Sdra Salman, Sdra Ashrulmuzanie, Sdra Nadir dan Sdra Zulzaim.

Sebelum bergerak ke wad sasaran iaitu wad lelaki A7, kami menyinggah ke wad Perempuan A6 untuk mencari seorang adik yang telah beberapa kali dilawat oleh PUM sebelumnya. Ternyata adik Norshilla Abtara masih berada di wad yang sama. Beliau yang menghidap penyakit transverse myelitis, penyakit yang disebabkan pembengkakan pada saraf tunjang dan diffuse muscular atrophy telah bergantung hidup pada ventilator, alat bantuan pernafasan selama lapan tahun! Beliau yang berasal dari Kudat dan berusia 14 tahun, berkali-kali mengucapkan terima kasih apabila kami menghulurkan sebuah hamper, kismis dan sedikit sumbangan wang.

Kami seterusnya bergerak ke wad lelaki A7. Bermula dari wad ICU kami mendekati pesakit satu demi satu, tanpa mengira warna kulit, agama, bangsa, jauh sekali fahaman politik. Semua pesakit yang kami ziarahi gembira menyambut kami. Seperti perihalnya kebanyakan orang yang sedang berdepan ujian, beberapa patah kata dan setulus senyuman sudah mampu mengubati sedikit sebanyak jiwa yang kehausan. Sampai ke hujung wad, seorang budak lelaki memandang jauh dengan wajah yang menyedihkan. Nama beliau tertera, Adik Elfion Christopher, berbangsa Kadazan dan berumur 13 tahun.

Salah seorang ahli PSS (sdr Nadir) mendekati pesakit tersebut dan tanpa diduga, ibu kepada Alfion menceritakan perihal anak perempuannya, kakak kepada Adik Elfion yang menganut agama Islam kerana berkahwin dengan seorang lelaki Brunei. Malangnya, mereka telah bercerai kerana si suami tidak menyediakan nafkah. Isteri dibiarkan menjaga seorang anak perempuan bersendirian. Dakwa sdr Nadir "Terkejut juga tiba-tiba si ibu menceritakan kisah anaknya. Mungkin tersentuh kerana masih ada orang Islam yang baik, sudi menziarahi mereka di hospital. Keluarga ini tidak boleh dikecewakan untuk kali kedua oleh orang Islam".

(Kepada yang berhasrat membantu Adik Shilla dan Adik Elfion, boleh menghubungi 0198110964 secepat mungkin...Semoga Allah memberikan kesihatan, kekuatan dan ketabahan kepada mereka semua)

Thursday, December 25, 2008

Setiausaha PSS Turun Padang


24 Disember - Setiausaha Persatuan Siswazah Sabah (PSS), mengambil inisiatif menggerakkan dakwah di peringkat akar-umbi dengan menghidupkan kuliah maghrib di surau-surau kampung sekitar Kota Kinabalu. Kelmarin, beliau memulakan kuliah maghrib di Surau Kampung Bundung, Tuaran. Kampung Bundung terletak kira-kira 15km dari Pekan Tuaran dan kampung di pinggiran bebukit ini didiami oleh suku Dusun-Bajau. Jumlah penduduk yang hadir tidak sampai sepuluh orang, tidak sesekali mematahkan semangat beliau untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam kesibukan menguruskan organisasi PSS.

Apabila ditanya, beliau mengulas, “Tuntutan dakwah di bumi Sabah terlalu banyak sehinggakan kadangkala kita terpaksa menggerakkan banyak perkara dalam satu-satu masa. Tetapi siapa kita untuk mengeluh, sedangkan pada masa sama kita mengharapkan untuk kekal di dalam syurga Allah suatu masa nanti? Keseronokan dan kebahagiaan yang sebenar, apabila hidup kita menjadi milik orang lain.” Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa dakwah adalah peranan setiap individu. Malah, beliau meyakinkan bahawa PSS mampu membuka saluran kepada mana-mana individu yang berminat untuk berkongsi ilmu dan pengalaman.

“Syaratnya ialah keazaman, bekalan asas ilmu Islam dan kehendak yang tinggi. Jika tidak mampu berkhutbah dan berceramah, cukup dengan mengajar iqra’. Jika tidak dapat menghasilkan kitab, cukup dengan membantu menaip risalah. Yang penting, ialah adanya usaha walaupun sedikit.” Penduduk kampung yang hadir ke kuliah maghrib tersebut menyatakan bahawa mereka senang dengan cara penyampaian Ustaz Fairuz yang santai. “Kalau begini, mesti nak lagi!” ujar seorang remaja Kampung Bundung sambil tersenyum.

Monday, December 22, 2008

Retreat CONCERN 2008

Salam Wasilah ukhuwah Fillah...

Kepada semua pengunjung yg di kasihi kerana Allah sekalian....

Pada 20-21 hb Disember yg lalu...3 orang Wakil PSS telah menyertai Retreat CONCERN 2008 yang diadakan di Beringis Beach Resort.

Wakil PSS yang hadir menyertai RETREAT CONCERN ini :

  • Mohd Fairuz Bend
  • Mohd Syafizam Sedik
  • Ashrul Muzanie

Antara agenda utama Retreat CONCERN ini adalah untuk mendraf perlembagaan dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti NGOs Islam Sabah.

Mudah2han dengan adanya RETREAT ini, Islam akan terus terbela dan tersebar di Malaysia khususnya di bumi Sabah yang tercinta ini....^_^





Progresif Prihatin Professional


Saturday, December 20, 2008

Tahniah Islamic Summer Camp 2008 (ISC '08)!!!


Salam Wasilah ukhuwah Fillah...

Kepada semua pengunjung yg di kasihi kerana Allah sekalian....

Pada 12 - 15 hb Disember yg lepas...PSS telah menganjurkan Program Islamic Summer Camp 2008.

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua adik2 yg menyertai program ini...

Ucapan terima kasih juga kepada semua Ajk2 dan individu2 yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Insya Allah, program ini kita akan teruskan pada tahun depan....^_^

Detail laporan program, sila layari blog KRU - http://d-kru.blogspot.com

Progresif Prihatin Professional

Pertemuan Dengan Mahasiswa...


Salam Wasilah ukhuwah Fillah...

Kepada semua pengunjung yg di kasihi kerana Allah sekalian....

Pada 6 hb Disember yg lepas...PSS telah mengadakan pertemuan dengan Mahasiswa Sabah.

Agenda utama pertemuan ini ialah, PSS mengharapkan agar mahasiswa Sabah dapat membantu memperkukuhkan lagi organisasi PSS supaya golongan intelek ini dapat menjadi Duta dan Agen Islam kepada masyarakat...

Insya Allah,kita akan tingkatkan lagi pertemuan-pertemuan seperti ini....^_^


Progresif Prihatin Professional

PSS Bersama Remaja Masjid Kg Kindu...



Salam Wasilah ukhuwah Fillah...

Kepada semua pengunjung yg di kasihi kerana Allah sekalian....

Pada 8 hb Disember yg lepas...Wakil PSS telah mengadakan pertemuan dengan remaja masjid di Kg Kindu, Tuaran.

Jawatankuasa masjid Kg Kindu meminta jasa baik PSS agar dapat membantu & meyumbang tenaga untuk mengadakan program untuk remaja di sana.

Insya Allah,kita akan usahakan....^_^


Progresif Prihatin Professional

Wednesday, December 3, 2008

Mesyuarat CONCERN!!!



CONCERN adalah satu platform yang mengabungkan NGO-NGO Islam di seluruh Sabah. Setakat ini, 16 buah NGO terlibat dalam CONCERN ini termasuklah Persatuan Siswazah Sabah (PSS). Baru-baru ini, telah diadakan mesyuarat CONCERN (Gabungan NGO Islam) seperti maklumat berikut :
  1. Perkara : Mesyuarat CONCERN
  2. Tempat : Tingkat 4, Bangunan USIA, Sembulan
  3. Tarikh : 28 November 2008 (Jumaat)

Di antara agenda mesyuarat pada malam itu ialah :

-Post mortem program DOTT
-Perkampungan CONCERN (Draft Resolusi)
-Program CONCERN 2009

Di antara NGO yang hadir pada malam itu adalah :

-Yayasan Amal Malaysia Cawanagan Sabah
-Persatuan Siswazah Sabah (PSS)
-Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Sabah (PUM)
-Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita (SAHABAT)
-Jemaah Islah Malaysia Cawangan Sabah (JIM)
-Angkatan Belia Islam Cawangan Sabah (ABIM)
-Persatuan Perubatan Islam Ibnu Sina (PAPISMA)

Progresif Prihatin Professional

Tuesday, November 25, 2008

Islamic Summer Camp datang lagi!!!

Satu lagi program anjuran Persatuan Siswazah Sabah (PSS) yang akan dilangsungkan pada bulan Disember ini. Program ini adalah lanjutan daripada program Kem Remaja Islam (KRIS) yang telah dijalankan pada bulan Mei dan Jun yang lepas. Kalau KRIS yang lepas merupakan program kesedaran dan asas-asas Islam maka program kali ini lebih berkonsepkan kepimpinan bagi membina dan melatih bakat kepimpinan dalam kalangan peserta.

Untuk makluman, sasaran peserta bagi program ini adalah seramai 60 orang dan dijangkakan sekolah-sekolah sekitar pantai barat Sabah akan menyertai program ini meliputi kawasan Kudat, Kota belud, Tuaran dan Kota Kinabalu. Akhir kata, mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan sepanjang program ini dan mencapai objektif yang telah dirancang.

Untuk mengetahui perkembangan lanjut, bolehlah melayari blog Kelab Remaja PSS (KRU) di :

http://www.d-kru.blogspot.com/

Progresif Prihatin Profesional

Saturday, November 22, 2008

Download Brosur Terbaru PSS!!!


Assalamu'alaikum.....
Ayuh, Download brosur PSS terbaru di ruang 'Gambar' !!!

Prihatin Progresif Profesional

Saturday, November 15, 2008

GAMBAR SEKITAR KARNIVAL DAKWAH!!!


Mari bersama-sama ke ruang 'Gambar' untuk melihat gambar-gambar sekitar karnival dakwah.

Prihatin Progresif Profesional

Friday, November 14, 2008

JOM RAMAI-RAMAI....

Karnival Dakwah Anjuran Jakim Cawangan Sabah:


Tarikh : 14 hingga 17 November 2008 (Sabtu hingga Isnin).

Masa : 9.00 pagi hingga 11.00 malam.

Tempat : Perkarangan 1 Borneo Hyper Mall, Kota Kinabalu, Sabah.




Kalo pi sana, apa yang kami dapat?

Anda dapat berkenalan dengan NGO-NGO Islam termasuklah PSS & KRU
Anda boleh dapatkan informasi mengenai aktiviti dan perkembangan setiap NGO Islam
Anda boleh membeli buku-buku atau sumber bacaan Islam
Anda boleh membeli barangan Islam yang lain

JUMPA DI SANA....!!!!

Thursday, November 13, 2008

KEM REMAJA CEMERLANG

KRIS KOTA BELUD-KUDAT

Hutang Solat


Sebuah keluarga di gemparkan dengan kehilangan anak lelaki mereka yang berumur 15tahun. Anak itu tidak pulang-pulang dari sekolah setelah tiga hari berlalu.setelah penduduk kampung mencari,mereka hanya menemui mayatnya dalam sebuah parit di pedalaman kampung,bersekali dengan basikal anak tersebut...

2-3 kali selepas majlis arwah diadakan, adik-adik arwah yang masih kecil berumur kurang dari 5 tahun sering menceritakan pada ibu bapa mereka bahawa arwah ada bersama dalam majlis tahlil tersebut. Ibu bapa hairan namun menganggap adik-adiknya sekadar bermain-main.. Dan terbayang wajah abang mereka..


Suatu hari(siang) semasa kakak arwah sedang menjemur pakaian di luar rumah, arwah betul-betul datang kepadanya. Dengan muka yang sedikit sugul,arwah bertanya kepada kakaknya,
"wahai kakakku.. mengapalah akak tidak selalu mengingatkan saya tentang sembahyang?
saya mengalami sedikit kesulitan dalam kubur ,kak.."


*****


Seperti kebiasaan anak-anak sekarang memang tahu bersolat,namun setengahnya tidak istiqamah.Arwah baru berumur 15tahun,bermakna mungkin baru 1-2 tahun mencapai umur baligh,dalam waktu yang singkat itu sekalipun, dosa pahala sudah dicatat malaikat dan kesannya sudah dialami di bilik 6 kaki bawah bumi...

Saya tinjau diri saya, sudah 10, 20 , 30 tahun amalan saya di catat malaikat..Berapa banyak waktu solat saya sudah tinggalkan dalam hidup mengejar dunia ini..Saya punya banyak masa untuk bersantai melihat TV berjam-jam, mengadap internet atau sembang mesra dengan kawan-kawan tak tentu hala..Namun pernahkah saya menggunakan waktu selepas solat atau waktu-waktu lapang lain untuk mengqada' solat-solat saya yang lepas-lepas? Jika 20 tahun selepas baligh dan saya hanya mula bersolat 10tahun lepas..? Atau mula beristiqamah dalam solat 5waktu.. Itupun tiada jaminan solat saya sekarang di terima Allah swt.. Hutang dengan Allah tetap hutang..

Contohnya selepas subuh, kita mungkin boleh qada 2 solat subuh , begitu juga dengan waktu solat yang lain. Selepas maghrib, at least 1 solat maghrib..Begitu juga dengan ibadah puasa(terutama kaum hawa).. Sebab itu kadang-kadang makin banyak kita berusaha, semakin tidak menjadi.. Makin banyak hutang piutang.. Memang kita sering dengar orang-orang yang tak menitikberatkan solat dan lali beragama tapi business flourish.. Malah semakin kaya.. Namun mahukah kita menjadi seperti mereka? Dalam keada menderhaka, Allah memberi rezeki secara marah..Dengan kata lain 'istidraj'.. Nikmat yang diberi semakin melalaikan malah membinasakan iman..

Lebih baik menjadi orang islam yang di uji.. Bilamana dengan ujian itu kita menjadi lebih teringatkan Allah,lebih rasa memerlukan,rasa kebergantungan kepada Allah dan lebih lunak hati kita serta meningkatkan rasa-rasa kehambaan. Kita sentiasa merasa kita sudah melakukan yang Allah suruh, sekurang-kurangnya bersolat 5 waktu.. Namun hidup kita masih tidak tenang serta silih berganti ujian kecil mahupun besar.. Mungkin antara sebabnya adalah hutang-hutang kita kepada Allah yang masih belum beres; solat sudah tentunya.. Bagaimana pula dengan zakat pendapatan dan haji (bagi yang sudah berkemampuan) ?

.::Ikhlaskah aku..?? ::.



Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama. (Az-Zumar 11)

Iblis menjawab, Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas di antara mereka. (Sad 82-83)

Ikhlas. Apa keistimewaan ikhlas sehinggakan orang yang memiliki ciri-ciri itu mendapat keredhaan dan kebaikan dunia akhirat Perkataan ikhlas selalunya digunakan ketika kita sedang memberi sesuatu dengan suka dan rela hati, kerana cinta kepada penerimanya. Tanpa kita sedari, maksud ikhlas itu jauh lebih mendalam. Ada ikhlas di dalam ikhlas dan ada ikhlas lagi di dalamnya. Sejauh mana tahap keihklasan kita -apakah niat kita yang baik pada mulanya semata-mata mendapat keredhaan Allah tapi kemudiannya dipengaruhi syaitan supaya riak itu juga dikira tidak ikhlas.

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat Anda tentang seseorang yang keluar (dari rumahnya) untuk berjihad di jalan Allah, dia ingin mencari pahala dan populariti sebagai seorang yang berani, apa yang ia perolehi Nabi menjawab, Tidak ada apa-apa. Walaupun ditanya beberapa kali, jawapan Rasulullah tetap juga sama. Kemudian Nabi bersabda,

'Sesungguhnya Allah tidak menerima segala amal, kecuali amal yang dikerjakan dengan ikhlas dan untuk mencari keredhaan Allah'. (HR An-Nasa'i)

Cuba bayangkan amalan-amalan kita selama ini, apakah ianya benar-benar ikhlas kerana Allah. Apakah anda muslimah memakai jilbab yang labuh supaya kamu dipuji orang ramai dan seronok dengannya Pernahkah anda gembira jika anda dipuji orang-orang tua apabila anda ke masjid

Na'uzubillah.

Lantas, oleh kerana keikhlasan berubah-ubah bersama niat, kita perlu menetapkan niat sebelum melakukan sesuatu perkara. Sebelum keluar ke universiti, tetapkan apa niat kita belajar. Kita tidak sanggup melihat kafirun dan jahiliyyah lagi yang memegang pemerintahan negara. Kita mahu menegakkan agama islam. Kita tidak mahu digelar orang beragama yang tidak berilmu, orang da'wah yang hanya cakap pandai. Inilah sebabnya kita pergi menuntut ilmu. Semuanya lillahita'ala.

Bila anda mula gembira jika dipuji, berhati-hatilah kerana riyak hampir saja timbul lalu memadamkan segala niat awal anda yang ikhlas kerana Allah.

Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia. (Al-Ikhlas 4)

Apakah kita sedangkan menyamakan Allah dengan puji-pujian manusia Na'uzubillah. Anda selalu solat di masjid namun lama-kelamaan ia semakin pudar dengan riyak dalam hati. Rugilah anda. Bukanlah mengatakan solat di masjid itu riyak. Cuma kita perlu berhati-hati antara ikhlas, teladan kepada orang lain atau riyak. Tepuk dada tanya hati.

Ya Allah, apakah amalanku yang selama ini kuanggap ikhlas kerana-Mu telah dikaburi riyak. Ya Allah, jauhkanlah aku yang syirik yang nyata dan yang tidak nyata.

Rasulullah s.a.w bersabda, Mohonlah perlindungan kepada Allah dari Jubbil Huzn. Mereka bertanya, Apakah itu, wahai Rasulullah Nabi s.a.w menjawab, Suatu lembah di Neraka Jahannam, di mana setiap hari, Jahannam sendiri berlindung darinya sebanyak empat ratus kali. Mereka bertanya, Untuk siapakah ini disiapkan, wahai Rasulullah Jawab Nabi, Disiapkan untuk para qari' (pembaca Al-Quran) yang riyak dengan amalan mereka. (HR Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Na'uzubillah.

Betapa bahayanya riyak ke atas diri kita. Halus dan tidak nyata tapi mengubah keikhlasan kita dalam melakukan pekerjaan.

Manusia mengadili hanya dengan deria mereka. Namun, amal semua manusia hanya Allah yang mengetahui.




Tanda-tanda ikhlas dapat disimpulkan seperti berikut:



1. Menuduh diri berasa kurang sempurna dalam melaksanakan kewajiban kepada Allah.

2. Merasa keikhlasan dalam diri itu tiada dan selalu mempertanya keikhlasan diri sendiri.

3. Tidak terpengaruh dengan ujian atau celaan, tetapi tetap istiqamah.

4. Tidak berubah walaupun manusia berubah dalam hal ketaatan atau kemaksiatan.

5. Niat menjadi pusat pemerhatian dalam kehidupan.

6. Berusaha merahsiakan amal kebaikan kecuali ketika memberi teladan kepada orang lain.

Mungkin, orang yang menangis ketika beribadah di khalayak ramai itu lebih ikhlas daripada orang yang beribadah di dalam bilik seorang diri (yang riyak).

Sumber Ishlahul Qulub @ Menggapai Surga dengan hati, Amr Khalid.

Islamic Summer Camp

PROGRAM HAMAS

Gambar-gambar kenangan sepanjang program



SuAsAnA sUkAnEkA

Wednesday, November 12, 2008

Kem Remaja Islam Kota Belud




Betapa Hinanya Nilai Seorang Hamba!



Sedar atau tidak, pasti terkadang jiwa insani itu dihimpit naluri untuk bermegah-megah dengan setiap kelebihan yang dimiliki. Tatkala iman mula goyah, taqwa mula merapuh, nafsu merasuk nurani suci, lalu hati tunduk pada bisikan syaitan nan keji. Waktu itu, insani juga bisa terlupa bahawa tiap-tiap satu nikmat yang dikecapinya itu hadir hanya dengan izin Allah s.w.t. Lihatlah, betapa liciknya sang iblis! Sehinggakan, terkadang itu, di dalam jalan dakwah yang mulia ini, mampu terbitnya fitnah yang merugikan. Walhal, amal palsu menampakkan cerminan bahawa kita seolah-olah berada di atas jalan yang benar. Alangkah ruginya jika selama ini segala amal ibadah kita tidak diterima Khaliq! Maha Suci Allah yang tiap-tiap jiwa berada dalam genggamanNya! Kami mohon berlindung daripada melakukan amal yang sia-sia!

Apakah itu amal yang sia-sia?

Itulah amal yang didasari rasa 'ujub, riak dan takabbur. Bilamana landasan keikhlasan sudah mulai robek, diri lantas mendabik dada! Amal ibadah yang sepatutnya dilaksanakan berteraskan ketaatan kepada Ar-Rahman, mula mengintai pengiktirafan manusia lain. Harapan kepada pujian ramai mula berbunga-bunga. Saat ada pula yang lebih berjaya, hasad dengki mula mengambil tempatnya! Saat ada yang tersungkur, dia bersyukur! Betapa, manusia ini hamba yang hina dina. Waras akalnya tidak bersatu dengan kata hati, lalu pantas sahaja mendabik dada tanpa sedikit pun rasa malu. Betapa, dia hampir sahaja terlupa bahawa setiap denyut nadinya itu berada di bawah pengawalan Tuhan Yang Satu.

Pernahkah kita berfikir, sebaik sahaja usai solat fardhu yang kita lakukan; Adakah solatku ini diterima? Masih wujudkah lagi pandangan kasih Allah kepadaku? - Jika ya, teruskanlah istiqamah dengan pertanyaan-pertanyaan sebegini. " Seburuk-buruk pencuri ialah orang yang mencuri di dalam solatnya. Para sahabat bertanya, siapakah orang itu? Maka Rasulullah s.a.w menjawab; orang yang tidak sempurna rukuk dan sujudnya" -H.R Ahmad. Mengapa penulis mengaitkan soal hina hamba dengan solat? Kerana, solat adalah asas dan merupakan tiang kepada agama seseorang muslim. Malah, amalan pertama yang akan ditanya di akhirat kelak juga merupakan solat fardhu seseorang hamba itu. Jika baik solatnya, maka baiklah seluruh amalannya dan begitulah sebaliknya. Justeru, marilah kita kembali menilai khabar iman dan amal kita. Adakah solat kita mampu mengawal diri daripada melakukan perkara keji dan mungkar seperti apa yang terkandung dalam kalamullah itu? Ikhlaskah kita dalam menunaikan solat, atau hanya atas dasar tidak tahan mendengar leteran ibu ayah? Atau hanya atas alasan amalan ikut-ikutan sahaja? Tanpa sekelumit pun rasa untuk berusaha mengkaji hikmah sebenar solat terhadap diri manusia? Barangkali juga ada di antara kita yang bersolat hanya kerana ingin menunjuk-nunjuk. Maha Suci Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Penerima taubat, ampunkanlah dosa kami dan terimalah taubat kami..

Kasih sayang Allah s.w.t meliputi seluruh kerajaan lagit dan bumiNya. Kerana itulah setiap makhluk yang bernyawa mendapat bahagian rezeki mereka masing-masing. Betapa hebatnya rencana Al-Manan dan betapa hinanya nilai seorang hamba! Masakan dengan sedikit tempias nikmat Allah itu dia bisa merasakan diri cukup sempurna? Mengaku diri dengan kemuliaan, mengangkat diri dengan ilmu pengetahuan yang masih cetek pada hakikatnya, memanjangkan mata pada keindahan dunia, dan menghambakan diri kepada nafsu yang menggila, semua ini sifat tercela yang harus dibuang jauh-jauh dengan hanya satu cara. Yakni penyucian nurani hati dengan hiasan sifat tawaddhuk dan semaikanlah rasa jiwa kehambaan kerana sesungguhnya manusia itu tiada daya dalam melawan kekuasaan Allah s.w.t. Ibnu Umar pernah meriwayatkan sebuah hadis, sabda Rasulullah s.a.w yang mulia; " Sesungguhnya, hati ini boleh berkarat sebagaimana berkaratnya besi bila terkena air. Baginda ditanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana cara membersihkannya? " Rasulullah menjawab, "Perbanyakkanlah mengingati mati dan membaca Al-Quran"-(H.R Baihaqy)


Pertolongan yang tidak disangka-sangka


Tanpa kita ketahui, sebenarnya pertolongan Allah itu sering sahaja berlaku secara tiba-tiba dan tidak disangka-sangka. Bagi yang sentiasa meletakkan diri dalam keindahan tawakkal kepadaNya, saat pertolongan dan bantuan Allah itu lahir, jiwanya sentiasa dirundung rasa keinsafan. Lidahnya tidak henti-henti mengucapkan rasa syukur sehinggakan air matanya turut sama menyatakan rasa terima kasih tidak terhingga kerana masih mendapat pandangan kasih Ar-Rahman. Lantas, amalnya diperhebat kerana dalam diri tersemat indah rasa kehambaan. Keimanannya bahawa dengan mengingati Allah dikala senang, pasti mendapat perhatian Allah di kala susah semakin menebal. Alangkah indahnya saat jiwa berada dalam dakapan iman!

Bagi jiwa yang sakit, pasti pertolongan yang hadir itu dirasakan dengan berkat usahanya sendiri dengan menafikan bahawa tiap-tiap yang berlaku itu hanya terjadi dengan izin Dia Yang Maha Berkuasa. Inilah realiti kehidupan yang terjadi pada umat baginda rasul, Muhammad s.a.w yang diuji dengan pangkat dan harta kekayaan. Begitu juga dengan konteks pelajar yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Masih wujud sebilangan besar pelajar yang terlupa untuk mensyukuri nikmat kejayaan yang diberikan Tuhan kepada mereka. Mengapa hal ini terjadi, berbalik kepada jawapan yang sama. Kerana lunturnya rasa dan jiwa kehambaan.

Justeru, bagi orang-orang yang beriman, jangan pernah dirisaukan dengan perihal balasan Allah s.w.t kepada mereka. Sesungguhnya karunia Allah sangat luas. Masakan Allah tidak mengetahui penat lelah hamba-hambanYa yang soleh? Sehinggakan dunia dan seluruh isinya tidak layak diberikan sebagai ganjaran kepada mereka. Yang menanti pasti singgahsana nan indah di syurga kelak. Jangan pernah membiarkan penyakit ujub, riak dan takabbur merebak di hati. Juga jangan pernah menyesal andai segala apa yang kita kecapi tidak kita perolehi. Tiada satu makhluk pun yang bisa menandingi kehebatan dan kekuasaan Allah s.w.t. Pasti, bagi mereka yang terlibat di dalam jalan dakwah ini, persoalan mengenai himpitan-himpitan masalah menebal di benak fikiran. Barangkali pernah juga terlintas " Benarkah apa yang aku lakukan ini? Jika Allah meredhai apa yang aku lakukan, masakan aku diuji sebegini rupa?" Ingatlah, berjuang memang pahit! Kerana syurga itu manis. Masakan, jalanan perjuangan dihampar permaidani merah? Bersyukurlah bagi mereka yang diuji dengan kesusahan sedangkan ujian berupa kesenangan itu sememangnya lebih payah.


Jiwa Hamba

Semaikanlah jiwa hamba dan hindarkanlah diri dari mendabik dada dengan kemuliaan dan harta benda. Sucikanlah hati dengan memperbanyak amalan zikir dan bacaan Al-Quran kerana Rasulullah s.a.w pernah berpesan kepada kita; di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi ibnu Abbas; " Seseorang yang tidak ada sedikitpun Al-Quran di dalam hatinya adalah seperti rumah yang kosong," (H.R Tarmizi) Nauzubillahi minzaalik. Bagi mereka yang sedang merawat hati, jangan pernah khuatir dengan persoalan berupa " Mengapa semakin aku cuba merawat hati, semakin aku menemui kebuntuan, semakin aku menyedari kekotoran yang berlumut-lumut?" Inilah tanda bahawa hati itu sedang dirawat. Demikian jualah yang berlaku kepada tubuh badan kita saat para doktor menjalankan diagnosis. Jasad yang dirasakan sihat rupa-rupanya menghidap pelbagai penyakit-penyakit merbahaya. Oleh itu, nilailah kembali betapa kita ini sebenarnya mampu mengecapi nikmat kehidupan hanya dengan izin Dia Yang Maha Berkuasa. Beristighfarlah dengan ibu segala istighfar andai pernah terdetik di dalam hati rasa 'ujub,riak dan takabbur. Mudah-mudahan redha Allah bersama kita..

Allahumma irhamna bil Quran, Waj'alhu lana imaman wa nuran wa hudan wa rahmah. Allahumma zakkirna minhuma nasina wa 'allimna minhuma jahilna, waj'al hulana hujjatan ya Rabbal'Alamin..

Ya Allah kasihanilah kami dengan Al-Quran, jadikanlah ia imam, cahaya dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami ketika lupa serta bimbinglah kami ketika kami tidak mengetahui serta jadikanlah Al-Quran itu hujjah bagi kami..


Perkara Ajaib Tersembunyi di Dalam Minda

Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.



2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya


Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.


Dipetik daripada buku “Membina Imaginasi Cemerlang”, ms 123-126.
oleh: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj
www.iluvislam.com

Tuesday, November 11, 2008

Balasan meninggalkan solat...

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”

Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”

Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”

Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”

Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :”

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.

1. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

1. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

sumber : 1001 KisahTeladan

.:: Mau pi mana kita nih?? ::.

“semekom”

“(Diam…)”

“Semekom”

“(Diam)”

“Wei…kau nih, sudahlah ndak jawab salam aku,diam lagik tuh. Kau ingat ndak berdosa ka ndak menjawab salam?”

“Ish..Ish…kau nih, aku bukan ndak mau menjawab salam kau tuh. Tapi kau bagi salam pun salah. Aku mana tau mo jawab apa kalo orang bagi salam macam kau”


“Jawablah bah Wa’alaikumussalam. Temberang jugak kau nih…!!! Nama jak selalu pi masjid, tapi salam pun ndak tau jawab”


“Bukan aku temberang bah. Wa’alaikumussalam tuh kita guna kalo orang bagi salam Assalamu’alaikum

“Jadik, yang tadi aku bagi tuh bukan salam lah?”


“Tadi kau bagi tuh, salam jugak. Tapi ndakda Nabi kita ajar begitu”

”Kenapa pulak? Lebih kurang sama jak bah bunyinya”

“Memanglah bunyinya lebih kurang sama tapi tetap ndak sama maksudnya. Cuba kau cakap selular dengan seluar. Maksudnya tetap ndak sama, kan? Walaupun bunyinya sama jak”


“Apa lah kunun faedahnya kalo aku cakap Assalamu’alaikum?”


“Aku ndak mahir lah bab-bab nih. Tapi yang aku tahu, kalo kita bagi salam, kita dapat dua untung. Satu, kita telah ikut sunnah Nabi. Dua, kita doakan saudara kita. Kau bagi salam, kau sudah dikira ikut sunnah Nabi. Kau cakap Assalamu’alaikum, maksudnya tuh salam ke atas kamu, jadi kau dikira mendoakan saudara kau. Tapi kalo ko guna Samekom, sudahlah ndakda maksud apa-apa, sia-sia jak mulut kau berbuih.”


“Oh..begitu kah?”


“Iyalah, begitu setakat yang aku faham. Tapi kalo kau mau faham lebih lagik, bagus kau pi cari ustaz-ustazah supaya dorang boleh kasi jelas sama kau. Kalo kau sudah faham boleh kau kasi jelas dengan aku pulak. Lagipun, ndak bagus jugak tuh kalo kita berjumpa ndak sama-sama mendoakan saudara”


“iya kan…kalo begitu, kita nih masih ndak bagus lah tuh?”


“Kenapa pulak?”


“Iya, sebab kita belum mendoakan sesama kita.”


“Iya, kan. Bah, Assalamu’alaikum geng…!!!”

“Wa’alaikumussalam wa Rahmatullahi wa Barokatuh. Kau nih pakai baju lawa-lawa, mau pi mana jugak?”


“Aku mau pi masjid bah. Ada kem remaja islam, kau mo ikut?”


“Mo jugak aku ikut tapi lain kali lah. Aku malas bah mo sembahyang nih. Aku ndak alim macam kau”


“Bila la kunun kau jadik alim? Kau tunggu umur kau 50 tahun? Komfom ka kau hidup lagik masa tuh? Kau nih jangan main-main bah. Masa kita masih bujang-bujang begini la, kita kasi kuat iman kita. Kasi latih badan kita supaya biasa sembahyang. Nanti kalo tulang kau sudah keras baru kau mau kasi exersaiz?”


“Hehehe……kau nih bagus-bagus la bah kalo mau tegur aku. Ndak berhikmah betul cara kau tuh...hehehe”

"Oh, ya kah...?? bah. Sori lah geng kalo ndak berhikmah cara aku tadi. Aku ndak tau sudah mau guna ayat apa"

"Ok bah kalo kau...!!"

Friday, November 7, 2008

Kau mau ka??

Kau mau kulit muka yang lawa macam ngunduk ngadau tuh?
Kau mau kulit yang putih dan halus?
Kau mau hidung yang mancung?
Kau rasa-rasa, mudah ka kasi lawa muka dengan rambut dengan kulit?

“Siapa bilang mudah? "

Makan kacang pun susah, apa lagi mau kasi lawa muka”

“Aku pernah dapat jerawat batu, macam-macam produk aku pakai. Last…last aku pakai bedak sejuk jak”

“Tangan aku sensitif bah, berabis duit PTPTN-ku terbuang bli losyen jak”

“Hidung aku kembang bah, tapi bila aku suda opresyen, baru nampak kiut”

“Bla….Bla…duit abis….masa abis…..tenaga abis….bla….bla….”

Kalo begitu, sama la bah kita. Aku pun macam kau jugak. Aku pun pernah buat bah apa yang kau buat tapi penat sudah aku mo buat semua tuh. Sekarang nih aku mo kasi cantik anggota yang lain, invesibel’s anggota.

“Eh…Eh…apa bah yang kau mau bilang nih? Direct to de point jak bah. Inglish pun ndak betul mau temberang lagi dengan aku….!!!”

Begini…..perasan ka selama nih, kita berabis kasi lawa anggota luaran. Kita sanggup kasi habis duit, tenaga dan masa untuk kasi lawa anggota luaran sebab takut orang bilang pasal muka kita. Yang lagi sedih, sampai ada yang sanggup kasi gadai iman semata-mata mo kasi lawa anggota luaran jak. Aku kasi kau contoh senang lah. Cuba kau jalan-jalan pi tamu Tuaran, lepas tuh kau kira berapa ramai sumandak yang bertudung tapi cukur kening. Mesti panat kau tuh. Sedangkan Tuhan kita, Allah dengan Nabi kita kasi laknat orang yang cukur keningnya.


“Kau nih putar belit pulak. Tadi kata invesibel’s anggota. Kening tuh kan anggota yang boleh kita nampak…”


Iya bah….aku tau. Kita lupa ada satu anggota dalaman yang mana kalau kita kasi lawa, anggota tu akan jadi anggota yang paling lawa tapi kalau kita ndak kasi lawa, bidak lah bah dia. Kau tau ka anggota apa itu?

“Anggota dalaman pun mau kasi lawa jugak? Wei…apa bah nih, ndakku faham bah apa yang kau bilang……apa bah anggota tuh? Kasi pening kepala aku jak mmikir….!!”

Ok…Ok…aku mau kasi jelas dengan kau lah bah nih...
Begini, anggota tuh adalah hati kita bah. Kita ndak nampak hati kita kan? Sebab dia di dalam badan kita. Tapi kita mesti jugak kasi lawa dia. Sebab Tuhan kita ndak pandang muka kita yang lawa nih tapi Dia pandang hati kita.

“Kau nih loyar buruk betul…Macam mana mau kasi lawa hati? Kau ingat senang kah macam buat plastic surgery. Matilah bah orang tuh…Blah lah kau. Buang karan jak…Bikin panas…..!!!!!”


Eh…Eh…Dengarlah bah dulu penjelasan aku. Kongsi ilmu tu kan bagus. Kalau kau rasa ndak bagus atau kau mau penjelasan lebih, lepas nih, kau tanya lah bah ustaz-ustazah yang lagi bagus ilmu dia dari aku. Aku nih setakat SPM jak. Tapi aku mau kasi sampai jak bah.

“Hm….ya laa pulak tapi kau jangan lama-lama. Aku nih malas bah mau mendengar bab-bab agama nih…ndakda faedahnya!”


Sebenarnya mau kasi lawa hati nih ndak mudah. Sebab kalau kita mau kasi lawa hati nih, kita akan diuji dengan macam-macam cabaran. Tapi itu lah bah namanya TARBIYAH HATI.


“Tarbiyah? Apa tuh? Bahasa Dusun ka tuh? Ndak pernah aku dengar”


Tarbiyah tu samalah bah maksudnya dengan didikan. Tarbiyah tuh dari bahasa Arab bah.


“kau nih, temberang jugak. Tadi bahasa inglisy, sekarang ber-arab-arab pulak. Apa lah konon kaitan tarbiyah hati dengan mau kasi lawa muka?


Sabar dulu kau. Kau dengar dulu apa aku cakap nih….
Kan kalau mau kasi lawa muka atau satu badan, perlu kasi keluar banyak duit, masa tenaga. Kalau kau pikir betul-betul, banyak bah sebenarnya pengorbanan kita semata-mata mau kasi lawa muka jak. Ndak kesah lah kau lelaki kah perempuan kah. Kalau pakai produk, ada yang sampai berjam-jam di salon, ndak peduli sudah perut lapar. Ada yang sanggup berpantang(diet) semata-mata mau kasi lawa muka dan badan.


Ala…susah-susah, buat plastic surgery lah bah”


Buat plastic surgery jugak bukan senang macam yang kau pikir. Kau bukan jak penat kasi keluar duit, ada kesan sampingan lagi tuh nanti. Muda-muda memang kau tidak rasa. Nanti kau tua, baru timbul kesan dia.Begitulah bah juga kalau kita mau kasi lawa hati kita, mestilah bah banyak yang perlu kita korbankan. Herannya, kita mati-mati mau kasi lawa muka tapi kasi lawa hati tuh, hish…ndak tau lah apa aku mau cakap. kau faham ka apa yang aku cakap?

“(Mengeleng) Macam mana aku mau faham apa yang kau cakap. Kau kasi contoh pun sembarangan…!!

Ok…Ok…aku bagi kau contoh yang senang la pula. Kalo kau tau ada tetamu mau masuk rumah kau, apa yang pertama sekali kau buat?

“Mesti la bah kemas rumah..!!”

Ok…Sebelum rumah kau kelihatan kemas dan bersih, mesti kau bersusah payah dulu, kan? Cuci langsir, cuci kusyen, mop lantai, susun bunga, susun kerusi. Jadi tetamu kau masuk rumah kau pun dengan senang hati kan?

“Jadi, apa lah kaitan kasi lawa hati dengan kasi lawa rumah?”

Macam tu lah jugak kalo mau kasi lawa hati. Mesti susah payah dulu. Mesti berdepan dengan pelbagai ujian. Kalo hati kau sudah bersih, hidayah Allah mau masuk pun senang..!!! Lepas tuh, keberkatan hidup pun senag dapat.


“Oh…begitu kah? Apa jugak faedahnya kalau kasi lawa hati nih? Ndakda jugak orang tau tuh kalau hati kita ndak lawa”


Untung…!!! Beruntunglah orang-orang yang kasi lawa hati dia,. Bukan aku yang cakap beruntung tapi ada tuh disebut dalam al-Quran. Tapi bukan senang mau kasi lawa hati.
Hawa nafsu yang membelenggu perlu kita lawan. Kau ingat senang? Payah bah tuh. Bukan senang mau kasi korban hati kita dari menonton drama-drama Indonesia. Bukan senang mau kasi lari telinga kita dari dengar lagu-lagu yang boleh kasi lalai jak kalau kita dengar. Lebih-lebih lagi kalau hari minggu. Bukan senang kita kasi korban masa kita tuh dengan aktiviti agama. Bukan senang kita kasi korban masa menonton drama dengan mendengar ceramah. Bukan senang kita korban diri pi masjid untuk pikir program patut kita buat untuk budak-budak Islam. Sanggup lagi kita pikir pasal artis. Padahal, kalau kita pikir artis tuh 24 jam pun, bukan dia yang kasi kita rejeki dengan umur.Kalau kita ditimpa masalah demi masalah, sebenarnya itu untuk kasi tarbiyah hati. Tapi sanggup lagi kita buat perkara yang ndak sepatutnya semata-mata mau kasi hilang masalah konon. Padahal lari dari masalah, ndakkan kasi selesai masalah. Allah kan ada, sepatutnya Dia jadi tempat mengadu, kasi lepas masalah.Susah betul mau kasi tarbiyah hati, kan?

“Jadik kalo susah, yang kau sibuk-sibuk berkunya-nyang dengan aku, kenapa?”

Kau nih…itu la bah tanggungjawab kita kalo sudah ada ilmu, kasi sampai sama orang lain walaupun satu perkataan saja.

“Oh…ya kah??”



Wednesday, November 5, 2008

MUQADIMAH...

Assalamualaikum kepada semua sahabat dan sahabiah semua.

Salam Wasilah Ukhuwwah Fillah...Ini adalah blog Persatuan Siswazah Sabah (PSS). Mudah-mudahan kita semua dapat manfaat daripada blog ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons