PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

PERSATUAN SISWAZAH SABAH SESI 2015/2016

Tuesday, April 7, 2009

FFM di Sabah; Manfaat atau Laknat?


Masih ramai yang belum mengetahui bahawa bulan Ogos ini, tanggal 5-8 haribulan, Sabah dan UMS akan menjadi tuan rumah kepada Festival Filem Malaysia yang ke-22. Secara spontan, PSS tentu sahaja membantah penganjuran festival tersebut, lebih-lebih lagi jika ia diadakan di kampus UMS tercinta. Walaubagaimanapun, sebagai mahasiswa yang dilatih berfikir, PSS memilih alternatif membuat kajian berhubung isu ini guna mengambil kira pandangan semua pihak. Hasil daripada kajian akan kami gunakan untuk membawa isu ini menguasai segenap ruang media massa, agensi badan bukan kerajaan, badan politik dan semua saluran yang ada untuk membawa suara yang telah diresolusikan bersama. Justeru, yang kami harapkan dari pihak pembaca ialah respon dan pandangan berhubung penganjuran festival ini di Sabah dan UMS, bagi membantu kajian kami. Sokongan anda diharapkan, dan didahului dengan lafaz terima kasih.

p/s : Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung FFM, layari [link]

2 comments:

nzlaa86 said...
This comment has been removed by the author.
nzlaa86 said...

salam alaik...
FFM ini bukan kali pertama di adakan di malaysia.dan masyarakat tidak memandang FFM sebagai aktiviti mungkar atau tidak bermoral..walaupun hakikatnya pesta filem ini bercampur baur maaruf dan mungkar.

saya tidak pasti jika kita mampu memobilasi massa utk membawa isu ini.

apa matlamat akhir dalam pembawaan isu ini?
-pembatalan terus FFM di sabah?
-melihatkan bahawa FFM ini tidak intelek dan mmg x sesuai di adakan di UMS?adakan ditempat lain?

boleh bincang lagi lanjut..

link tentang FFM 22
http://www.sinemamalaysia.com.my/ffm.php

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0323&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons